Wednesday, October 21, 2009

Bakul Anyaman Kertas


Penggunaan bahan kertas surat khabar sebagai bahan utama dalam penghasilan bakul anyaman untuk mengantikan penggunaan buluh yang biasa digunakan kerana kertas surat khabar senang didapati selain dapat memelihara alam semula jadi

Memproses Bahan

Mengikut cara tradisional, buluh yang sesuai dipilih serta dipotong, kemudian ia direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini dengan cara yang lebih mudah dan praktikal Surat Khabar terpakai yang mudah didapati, diguna pakai dalam kerja penghasilan kraftangan. Kertas digulung panjang sebelum dianyam bagi menghasilkan bakul-bakul mengikut kreativiti pengayam sebelum kerja-kerja pengemasan terakhir dilakukan.